jump to navigation

CIRI-CIRI WANITA YANG DI IDAMKAN” 16 Januari 2011

Posted by jihadsabili in muslimah.
trackback

CIRI-CIRI WANITA YANG DI IDAMKAN

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

1. Berpegang Kepada Agama

 

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita seperti ini.

 

2. Kecantikan Dalaman

 

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh para lelaki. Kalau cantik, itu dikira sebagai BONUS.

 

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan uang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata karena menginginkan harta dan kekayaan.

 

3. Manja

 

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

 

4. Pandai Menjaga Kecantikan

 

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah untuk dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan, karena ia akan menjadikannya mereka bangga.

 

5. Berakhlaq Mulia

 

Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan pendukung kejayaan suami.

 

6. Tidak Mempamer Keseksian

 

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

 

7. Tidak Cerewet

 

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet dapat mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

 

8. Memahami Lelaki

 

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca raut wajah suaminya. Lantas segera bertindak menghibur atau memberi kekuatan.

 

9. Sejuk Mata Memandang

 

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

 

.:: – Bersopan satun

 

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

 

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

 

.:: – Menutup aurat

 

.:: – Ramah dan mesra

 

.:: – Tidak terlalu cemburu

 

.:: – Menghormati orang lain

 

 

Baiklah saudari dan saudara.

 

 

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah diuraikankan ini dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan.

 

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, coba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Coba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara berangsur-angsur dan fahami bahwa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sebagaimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafkan antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

 

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri termasuk diri saya yang dhoif di hadapan ALLAH Az Wajalla jua. Wallahu ‘alam..

 

Semoga bermanfa’at

 

 

Salah Dan Hilaf andai ada kata yg kurang berkenan mohon ma’afkan

Ana Andhika Al-banjari Mtp Insaniah Fakir Hamba Allah yg tiada Daya dan Upaya, yg benar itu datangnya daripada Allah SWT, dan yg salah itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri…

 

 

Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa…

Komentar»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: