jump to navigation

Tips Mengatasi Zina Hati 4 Januari 2011

Posted by jihadsabili in adaB, nasehat, tips.
trackback


Semua orang mempunyai hati. Hati ini adalah salah satu organ (nikmat) yang Allah SWT telah ciptakan pada setiap diri manusia itu. Daripada hati ini lah, timbulnya bermacam² perasan iaitu perasaan cinta, rindu, marah, gembira, ikhlas dan banyak lagilah. Jadi perasaan ini adalah satu nikmat yang Allah SWT anugerahkan pada kita, jika kita tidak berperasaan apa akan jadi? Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Tapi, ingat! Hati yang Allah SWT kita kena jaga. Kalau tidak dijaga, akan mengundang bencana. Boleh menyimpangkan kita jauh dari jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
“Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah, jika baik maka baiklah seluruh jasad, jika rosak maka rosaklah seluruh jasad..Ketahuilah bahawa ia adalah “Hati”

Astaghfirullah, hati yang kecil itu kalau rosak habislah satu jasad. Maka, hati ini mesti perlu dijaga! Jadi hari ini, saya nak kongsi sedikit tips bagaimana untuk mengatasi salah satu masalah hati ni, iaitu zina hati. Sebelum itu, saya nak ucapkan terima kasih pada sahabat yang telah menghantar pada saya artikel yang sangat bermanfaat ini. Jazakallahu khoiran kathir! Semoga bermanfaat pada kita semua, Insya-Allah.

Tips Mengatasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” – (Surah Yusuf, ayat 24)

1.Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.”

2.Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

3.Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

4.Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Komentar»

1. Nur Ain - 10 Maret 2011

Assalamualaikum brother..
Minta izin share pengetahuan ini di Facebook saya, mudah mudahan untuk manfaat bersama
Terima Kasih


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: